Pertama- Kami namakan dan kami panggil akan dia,bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung,PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)
Kedua- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
Ketiga- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain membanteras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara.
Keempat- Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini.
Kelima- Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama rasmi Persekutuan
Keenam- Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU,dan
Ketujuh- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)
sumber: Peribumi Perkasa Negara
Persoalannya,sejauh mana bangsa Melayu pada hari ini berusaha menunaikan wasiat Raja-Raja Melayu ini. Jika dilihat,banyak kedudukan dan hak istimewa orang melayu dipersoalkan. Malah,hal berkaitan hukum hakam agama sendiri dipersoalkan oleh orang melayu yang beragama Islam. Selain itu,banyak harta-harta orang melayu terlepas kepada kaum-kaum lain.
Dimanakah silap kita? lupakah kita pada agama? taatkah kita pada raja dan negara?
Persoalan ini harus dipandang serius oleh orang Melayu.Hal ini kerana bangsa Melayu masih tertinggal jauh di belakang.Fikirannya masih lagi kelas kedua.Terlalu menang bersorak hinggakan kampung sendiri tergadai.
Bangsa Melayu hari ini haruslah bangkit supaya tidak lagi ditinggalkan jauh ke belakang.
Selasa, 6 April 2010
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
Posted by HaYkal at 4:47 PTG 0 comments
Langgan:
Catatan (Atom)