walau perut dirobek peluru namun lawan tetap lawan…itulah Kanang anak Langkau
KETIKA bersama lebih 30 anggota Platun Gempur Batalion Kelapan, Rejimen Renjer Diraja (RRD) bertempur dengan segerombolan pengganas komunis di Perak tahun 1980, Kanang anak Langkau ditembak tiga kali berturut-turut oleh pihak musuh.
Sebutir peluru dari arah belakang singgah ke jantungnya sebelum menembusi dadanya. Beberapa saat kemudian, dua lagi tembakan dari depan dengan setiap sebutir peluru mengenai saluran kencing dan merosakkan buah pinggang kirinya.
Kanang yang berlumuran darah dan tidak bermaya waktu itu, sementara menanti bantuan tiba, cekal menggagahkan dirinya memapah seorang anggota bawahannya dari menjadi mangsa tembakan menggila komunis.
“Akibat tembakan itu saya terpaksa dirawat selama setahun,” katanya.
Anugerah tertinggi Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) diterimanya hasil pertempuran dengan komunis di Perak, Februari 1980.
Setahun sebelumnya beliau menerima pengurniaan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) atas kehebatan dan keberaniannya menembak mati lima pengganas komunis di Hutan Simpan Korbu, Sungai Siput, Perak.
Nah, sejauh mana kita mengenali Kanang berbanding Rosyam Noor atau Fasha Sandha.
Sejauh mana kita mengenang beliau selain daripada pingat besi yang disemat di dadanya itu.
Baru-baru ini kerajaan hendak menganugerahkan pangkat Datuk kepadanya tetapi ditolaknya dengan baik, katanya;
” Saya bukan orang kaya, saya nie orang miskin. Kalau diberikan gelaran Datuk, saya terpaksa mengubah penampilan saya dan mengupah seorang pemandu yang mana saya tak mampu untuk sediakan.”
http://syahrilkadir.wordpress.com
Begitulah coretan seorang wira bangsa. Beliau tidak minta agar jasanya dibalas,namun semangatnya untuk mempertahankan negara sangat tinggi sehingga sanggup menyerahkan jiwa dan raganya demi memastikan negara ini aman dari sebarang ancaman pengganas komunis.
Sungguhpun begitu,jika kita tanya pada anak muda hari ini,adakah mereka kenal beliau,sudah tentu ramai yang mengatakan tidak.Mereka lebih memuja artis-artis daripada mengenang wira bangsa yang pernah berjuang demi tanah air.
Sedarlah wahai anak bangsaku,kemerdekaan yang dicapai hari ini bukan senang hendak dikecapi. Banyak darah yang tumpah,banyak keringat yang mengalir.
Sedarlah...jika bukan kita,siapa lagi yang hendak mempertahankan tanah yang tercinta ini. Jangan Kita biarkan Luka Yang Lama itu Berdarah Kembali kerana ianya terlalu pedih untuk dirasai...
Jumaat, 26 Februari 2010
KANANG ANAK LANGKAU
Posted by HaYkal at 8:23 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan