CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Rabu, 10 Mac 2010

JANJI..

Apa dah jadi dengan kau ni...lupa kah kau pada janji kau,pada keluarga,pada orang yang tersayang,yang selalu berada disisi kau,baik susah mahupun senang,yang selalu menyokong kau,memberi kau semangat,sanggup menerima keburukan dan kebaikan kau.

Apa dah jadi dengan kau ni...apa yang kau janjikan dulu,susah sangat ke kau nak tunaikan.Kenapa?kenapa?kenapa kau buat macam ni.

Ya Allah ya tuhanku,engkau jadikanlah aku manusia yang sentiasa memegang pada janji,jauhilah aku dari sikap mementingkan diri,sombong,bangga diri.Engkau berikanlah rahmatmu kepadaku,keluargaku dan orang yang aku sayangi.Engkau tetapkanlah iman dalam diriku agar aku tidak lalai untuk mengingatimu.Sesungguhnya perjalananku ini masih jauh dan berliku. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sabtu, 6 Mac 2010

BENARKAH MELAYU MUDAH LUPA...??

4 hb mac 2010,berlangsunglah FSR sport carnival dan FSR dinner. Saya tidak menyertai FSR sport carnival kerana terpaksa bekerja(part time je..). Selesai kerja jam 2030 saya bergegas pulang untuk ke Dewan Seri Budiman bersama Hanif kerana sudah lewat untuk menghadiri FSR dinner,temanya Formal&glamourous.(nasib baik ada Hanif,dapat naik kereta..hihi)

Selesai makan di Dewan Annex,saya pun masuk ke DSB untuk mengikuti acara yang telah diaturkan.

Setelah Dekan FSR selesai memberi ucapan,maka tibalah masanya pelajar-pelajar membuat persembahan.

Pada malam tersebut,terdapat persembahan yang menarik hati saya,dipersembahkan oleh pelajar semester 3,bertemakan 1 Malaysia.

Pada awalnya persembahan tersebut dimulakan dengan lagu warisan..kemudian disusuli dengan beberapa penyajak mendeklemasikan sajak mengenai melayu. Kemudian dipersembahkan pula mengenai budaya negeri kelantan,dikir barat,boria Pulau Pinang dan tarian sumazau,Sabah.Satu persembahan yang sangat menarik,menggabungkan pelbagai elemen dalam satu persembahan.

Apa yang menyedihkan penulis....
Sewaktu mereka memainkan lagu warisan....

anak kecil main api,
terbakar hatinya sepi,
air mata darah bercampur keringat,
bumi dipijak milik orang,


penulis terdengar sorakan seolah-olah menghina lagu tersebut. Ketika seorang penyajak yang berbaju batik mim,bersongkok keluar,penulis terdengar juga suara-suara sumbang melemparkan kritikan terhadap beliau dan berbagai-bagai lagi suara seolah-olah memerli persembahan tersebut.

Penulis terasa sebak...kerana apa yang disampaikan oleh mereka pada malam itu sebenarnya adalah untuk menyedarkan KITA...orang melayu agar tidak lagi hanyut dibuai mimpi dan bangun bagi meneruskan perjuangan kita yang belum selesai.

MEMULIAKAN AGAMA,MEMARTABATKAN BANGSA

Entahlah....apa sudah jadi dengan bangsaku..BANGSA MELAYU
Benarlah kata Tun Dr. Mahathir Mohammad. MELAYU MUDAH LUPA.

Adakah bangsa melayu kini sudah melupakan asal usul keturunan mereka..?

Allahyarham Usman Awang dalam sajaknya Melayu ada menyatakan

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual


Benarlah....

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.


Ya ALLAH ya tuhanku,pada malam ini aku berdoa kepadaMu agar tetapkanlah iman di dalam diriku,rakan-rakan seperjuanganku dan bangsaku agar kami tidak lalai dalam mengingatimu.Sesungguhnya perjalanan kami masih jauh dan berliku.Mudah-mudahan kami semua tidak terpesong dari jalanmu.Amin..

Jumaat, 5 Mac 2010

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.


Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu



Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan


Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual


Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi


Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan


Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Nukilan Usman Awang