4 hb mac 2010,berlangsunglah FSR sport carnival dan FSR dinner. Saya tidak menyertai FSR sport carnival kerana terpaksa bekerja(part time je..). Selesai kerja jam 2030 saya bergegas pulang untuk ke Dewan Seri Budiman bersama Hanif kerana sudah lewat untuk menghadiri FSR dinner,temanya Formal&glamourous.(nasib baik ada Hanif,dapat naik kereta..hihi)
Selesai makan di Dewan Annex,saya pun masuk ke DSB untuk mengikuti acara yang telah diaturkan.
Setelah Dekan FSR selesai memberi ucapan,maka tibalah masanya pelajar-pelajar membuat persembahan.
Pada malam tersebut,terdapat persembahan yang menarik hati saya,dipersembahkan oleh pelajar semester 3,bertemakan 1 Malaysia.
Pada awalnya persembahan tersebut dimulakan dengan lagu warisan..kemudian disusuli dengan beberapa penyajak mendeklemasikan sajak mengenai melayu. Kemudian dipersembahkan pula mengenai budaya negeri kelantan,dikir barat,boria Pulau Pinang dan tarian sumazau,Sabah.Satu persembahan yang sangat menarik,menggabungkan pelbagai elemen dalam satu persembahan.
Apa yang menyedihkan penulis....
Sewaktu mereka memainkan lagu warisan....
anak kecil main api,
terbakar hatinya sepi,
air mata darah bercampur keringat,
bumi dipijak milik orang,
penulis terdengar sorakan seolah-olah menghina lagu tersebut. Ketika seorang penyajak yang berbaju batik mim,bersongkok keluar,penulis terdengar juga suara-suara sumbang melemparkan kritikan terhadap beliau dan berbagai-bagai lagi suara seolah-olah memerli persembahan tersebut.
Penulis terasa sebak...kerana apa yang disampaikan oleh mereka pada malam itu sebenarnya adalah untuk menyedarkan KITA...orang melayu agar tidak lagi hanyut dibuai mimpi dan bangun bagi meneruskan perjuangan kita yang belum selesai.
MEMULIAKAN AGAMA,MEMARTABATKAN BANGSA
Entahlah....apa sudah jadi dengan bangsaku..BANGSA MELAYU
Benarlah kata Tun Dr. Mahathir Mohammad. MELAYU MUDAH LUPA.
Adakah bangsa melayu kini sudah melupakan asal usul keturunan mereka..?
Allahyarham Usman Awang dalam sajaknya Melayu ada menyatakan
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Benarlah....
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Ya ALLAH ya tuhanku,pada malam ini aku berdoa kepadaMu agar tetapkanlah iman di dalam diriku,rakan-rakan seperjuanganku dan bangsaku agar kami tidak lalai dalam mengingatimu.Sesungguhnya perjalanan kami masih jauh dan berliku.Mudah-mudahan kami semua tidak terpesong dari jalanmu.Amin..
Sabtu, 6 Mac 2010
BENARKAH MELAYU MUDAH LUPA...??
Posted by HaYkal at 12:35 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan